Connect with us

Oh! Media

Peguam dakwa tindakan polis terhadap ibu Zayn Rayyan pelik

Trending

Peguam Dakwa Tindakan Polis Terhadap Ibu Zayn Rayyan Agak Pelik

Peguam yang mewakili ibu kepada Zayn Rayyan, Fahmi Abd Moin mendakwa yang tindakan polis terhadap wanita itu agak pelik dan luar biasa. Dah kenapa tu?

BACANetizen Mula Rasa ’Sesuatu’ Lepas Lihat Video Ibu Bawa Kek Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan Di Kubur

IKLAN

Menurut laporan Harian Metro, Fahmi dan seroang lagi peguam, Mahmud Jumaat yang mewakili ibu bapa Zayn tidak dimaklumkan polis mengenai prosiding tertutup yang berlangsung hari ini.

Bukan tu jer, mereka berdua hanya dimaklumkan media yang membuat liputan di Kompleks Mahkamah di sana saja kata Fahmi. Apa kes?

Kami dimaklumkan satu prosiding tertutup di mana pegawai penyiasat membawa ibu arwah Zayn Rayyan ke Mahkamah Majistret 2 yang pihak kami anggap luar biasa dan agak aneh di mana difahamkan akan berlaku satu pengakuan diberikan di hadapan majistret. 

Kami datang ke mahkamah hari ini jam 11.30 pagi dan dibenarkan masuk ke dalam prosiding yang dilakukan dalam kamar, bukan di mahkamah terbuka. 

Ketika kami tiba, pegawai penyiasat baru saja memulakan permohonan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Asas bantahan kami dalam peruntukan Kanun Tata Cara Jenayah tidak ada dinyatakan apa-apa proses yang jelas mengenai permohonan seperti ini di mana kami juga bertanyakan pegawai penyiasat kenapa (mereka) tidak dimaklumkan lebih awal, itu jadi isu.

Bantahan pertama direkodkan pihak mahkamah atas tidak ada apa-apa peruntukan khusus untuk membuat permohonan ini, kami juga menyatakan ianya sangat prejudis terhadap anak guam dan juga suspek lelaki yang tidak dibawa ke mahkamah hari ini.

Asas ketiga bantahan bahawa permohonan ini boleh menjejaskan pembelaan di kemudian hari sekiranya mereka dituduh (jika dituduh). 

Bantahan pihak mereka direkodnya Zhafran dan dimaklumkan permohonan itu dibuat polis di bawah Seksyen 26(1) Akta Keterangan 1950 kata Fahmi lagi.

Kami juga membantah berikutan merasakan ia tidak relevan langsung untuk mengambil sebarang pengakuan salah di hadapan seorang majistret, atas alasan ini Zhafran merekodkan kesemuanya. 

Apa lebih penting, kami tidak menerima kerjasama langsung daripada pihak polis, kami tidak dibenarkan berhubung sepanjang reman, terima kasih pihak media sekurang-kurangnya anak guam kami ada representasi. 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas