Connect with us

Oh! Media

Trending

Peguam Dakwa Ada Pihak Cuba Jatuhkan Usahawan Carl Samsudin

Bermula di Twitter, telah tersebar video menunjukkan usahawan lelaki dikenali sebagai Carl Samsudin dilihat menggunakan nada yang kurang sesuai bila bercakap dengan seorang warga emas dalam satu program. Ini juga telah membuatkan banyak pihak tidak puas hati dan berasa geram kerana sikapnya yang biadap.

BACA: ‘Sekarang Juga Allah Boleh Kasi Lu Susah’ – Aaron Aziz Tampil Bersuara Isu Usahawan Kurang Adab

IKLAN

Pihak polis turut telah mengenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana gagal memakai pelitup muka di tempat awam.

Bagaimanapun, Carl Samsudin dalam Instagram miliknya hari ini telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Turut mengesahkan dirinya telah dipanggil PDRM untuk ke IPD Dang Wangi.

Dia juga dikatakan tidak berniat untuk bersikap biadap kerana tujuan hidupnya hanyalah ingin membantu.

Sejujurnya sebelum, semasa dan selesai bercakap, saya menyantuni uncle dan semua gelandangan dengan baik dan mereka semua gembira pada hari tersebut. Tidak pernah terlintas diminda saya untuk menghina mereka yang memerlukan bantuan kerana saya juga sama seperti mereka pernah susah. – Tulisnya.

“Permainan orang itu nak jatuhkan Carl konon-konon dia seorang usahawan yang teruk”.

Ini pula apa yang dikatakan Emma Syakira, peguam kepada Carl yang menjelaskan perkara sebenar kepada Mstar. Difahamkan ada pihak menyebarkan rakaman video pendek yang bertujuan hanya ingin memburukkan anak guamannya.

Dia bukan herdik tetapi memberi semangat. Ingin beritahu orang bahawa Carl tak beradap, kurang ajar herdik orang tua, walhal itu tidak benar. Orang ramai pula interprete seperti itu sebab ‘orang tu’ sampaikan dengan cara sebegitu. – Katanya.

20 orang gelandangan yang hadir juga dikatakan sudah disaring dan mereka terpilih kerana benar-benar mahu mengubah hidup. Oleh itu, Carl dijemput untuk memberi motivasi dengan tajuk ‘Ubah Hidup’.

Beri motivasi memang la semangat kita membuak. Dalam video itu, Carl sedang memberi semangat kepada pakcik tersebut. Pakcik itu hadir ke depan sebagai fasilitati secara sukarela, bukan dipaksa. Dia sendiri datang ke depan nak kongsi pengalaman hidup. – Jelasnya lagi.

Pihaknya turut dikatakan telah mengenal pasti mereka yang menyebarkan fitnah dan telah membuat laporan polis.

Kredit: Instagram | mStar

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas