Connect with us

Oh! Media

Pegawai Maqis Bolos 100 Kontena Daging Import & Terima Rasuah Hingga RM5k Setiap Kontena

ohmedia rasuah 2

Trending

Pegawai Maqis Bolos 100 Kontena Daging Import & Terima Rasuah Hingga RM5k Setiap Kontena

Kes berkenaan daging sejuk beku import tanpa halal masih rancak dibicarakan di mahkamah dan setakat ini 3 pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) telah direman.

Mereka telah didakwa menerima rasuah sehingga RM200,000 dengan melepaskan kontena yang dipercayai membawa daging kerbau sejuk beku dari luar negara sejak tahun 2017 lagi.

Wang ini diterima mereka dari pembekal yang tidak diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan menurut sumber yang diterima Harian Metro, pegawai ini telah melepaskan hampir 100 kontena dari India.

IKLAN

Pegawai berpangkat tinggi menerima sogokan lebih tinggi berbanding anak buahnya. Ia dipercayai berlaku di pintu masuk dagangan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) membabitkan ejen penghantaran yang menguruskan dokumen kemasukan daging sejuk beku terbabit. – Kata sumber.

Pegawai Maqis yang terlibat ini juga dikatakan masih membenarkan kontena mereka masuk ke dalam negara walaupun telah mengetahui yang mereka tiada kebenaran masuk ke dalam negara.

SPRM juga dijangkakan akan melakukan lebih banyak tangkapan selepas ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas