Connect with us

Oh! Media

Pegawai Kanan Polis Ditahan Sebabkan Kematian Pelajar Tingkatan Lima

Hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Trending

Pegawai Kanan Polis Ditahan Sebabkan Kematian Pelajar Tingkatan Lima

Hari ini kita digemparkan dengan kes kemalangan maut seorang pelajar tingkatan lima berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru.

Suspek yang juga merupakan pegawai kanan polis kini dilaporkan sudah berjaya dikesan dan ditahan bagi membantu siasatan.

Penahanan itu disahkan Ketua Polis Daerah, Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan di mana pegawai dari Kotinjen Kedah itu akan direman esok.

IKLAN

Penunggang motosikal, iaitu remaja berusia 17 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala pegawai polis berusia 44 tahun tidak mengalami kecederaan.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematiannya adalah kecederaan bahagian dada dan abdomen akibat kemalangan jalan raya. 

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Siasatan juga akan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana mematikan orang atau membunuh.

Yahaya turut meminta orang awam yang mengetahui atau menyaksikan kejadian itu untuk berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Jong Pit Chiao di talian 016-8849163.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas