Trending
Pegawai Imigresen ‘Kantoi’ Lepaskan 56 Warga Bangladesh Demi Suapan RM140,000
Pegawai JIM sanggup gadai keselamatan pintu masuk negara demi wang!
Seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM140,000.
Suapan sebagai tanda balasan

Menerusi Berita RTM, pegawai berkenaan, Mastura Aziz yang berusia 48 tahun dan bertugas sebagai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen di KLIA Terminal 1 ketika kejadian, didakwa menerima suapan sebagai balasan melepaskan kemasukan 56 warga Bangladesh tanpa mematuhi prosedur yang sah.
Mengikut pertuduhan, rasuah tersebut diterima antara 3 hingga 15 Mei 2025 dengan jumlah berasingan iaitu RM12,500, RM47,500, RM52,500 dan RM27,500 di beberapa lokasi sekitar Sepang dan Bandar Baru Salak Tinggi.
Kes dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda minimum lima kali ganda nilai suapan jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tertuduh perlu melapor diri ke pejabat SPRM sebulan sekali. Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 25 Februari depan.
Pssttt! Jawatan adalah amanah, bukan lesen kaut keuntungan. Bila kuasa digadai demi wang, yang musnah bukan sekadar kerjaya, tetapi maruah, kepercayaan rakyat dan keselamatan negara.
Kredit: Berita RTM
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.