Trending
PDRM Akhirnya Tangkap Anggota Pangkat Sarjan Perkosa Pelajar Tingkatan 4 Sebanyak Dua Kali
Sebelum ini Ohmedia ada kongsikan tentang satu aduan seorang pelajar perempuan tingkatan 4 yang mendakwa telah dirogol sebanyak dua kali dengan seorang anggota polis berpangkat sarjan.
BACA: Pegawai Rendah Polis Pangkat Sarjan Didakwa Rogol Pelajar Perempuan Di Hadapan Balai
Terkini, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri memaklumkan anggotanya itu sudahpun ditahan reman di Balai Polis Perak Tengah sehingga Rabu ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Kami akan menyiasat perkara itu secara telus bagi memastikan keadilan terhadap mangsa.
Kami memanggil beberapa saksi untuk membantu menyelesaikan siasatan.
Dalam pada itu, anggota yang disiasat juga kaan diambil tindakan secara dalam oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).
Kredit: mStar
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

