Connect with us

Oh! Media

Payung Pantai Lebih Tersusun Di Telok Kemang, Port Dickson Bermula 16 Disember Ini!

Ohmedia telok Kemang

Trending

Payung Pantai Lebih Tersusun Di Telok Kemang, Port Dickson Bermula 16 Disember Ini!

Pantai Telok Kemang, Port Dickson, akan tampil lebih menarik dan teratur bermula 16 Disember ini! Perubahan ini datang selepas kerajaan negeri menghapuskan khemah biru dan memperkenalkan kaedah sewaan plot payung pantai yang lebih sistematik.

Lapor Harian Metro, kaedah baru ini melibatkan plot-plot sewaan payung pantai yang lebih menarik, tersusun dan terkawal di kawasan tertentu di Pantai Telok Kemang.

Payung pantai ganti khemah biru di Telok Kemang

Telok Kemang

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar, keputusan ini diambil selepas berbincang dengan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Telok Kemang.

IKLAN

Kini, MPPD sedang menjalankan kerja naik taraf dan penyediaan plot bermula 18 November lalu sehingga 15 Disember ini.

Guna kaedah undian untuk pilih peniaga

Payung Pantai

Ujar Arul Kumar lagi, MPPD akan menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai, dengan setiap plot berukuran 40 kaki x 20 kaki.

Setiap plot akan dilengkapi dengan lapan unit payung, dua kerusi, dan satu meja. Kaedah undian akan dilakukan untuk memilih peniaga yang layak disebabkan permintaan melebihi plot yang disediakan.

Penentuan kawasan khas untuk penempatan payung pantai akan membabitkan sebahagian kecil Pantai 2 Telok Kemang dan Pantai 3 Telok Kemang.

#OhmediaNasihat

Wah, baru la seronok nak ambil angin dengan keluarga kalau suasana lebih selesa dan teratur kan? Sebagai pelawat, marilah kita sama-sama menghargai usaha ini dengan menjaga kebersihan pantai serta menghormati peraturan yang ditetapkan.

Ohmedia telok Kemang

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas