Trending
Patah Balik Rumah Sebab Tertinggal Barang, Kantoi Isteri Curang Dengan Lelaki Lain
Kecoh di media sosial rakaman berdurasi 44 saat memaparkan seorang suami didakwa telah menangkap isteri curang dengan lelaki lain.
BACA: Dapat Tahu Bukan Anak Kandung Bapa Lepas 35 Tahun, Ibu ‘Curang’ Masa Abah Outstation
Berdasarkan rakaman yang dikongsi pengguna TikTok @deejayfaz_official3, lelaki berkenaan dipercayai berpatah semula ke rumah kerana tertinggal barang.

Dia hilang kata-kata selepas ternampak isteri bersama individu lain di dalam rumah. Kejadian tular ini dipercayai berlaku di Jalan Bukit Katil, Melaka.

Dia yang berada di luar rumah hanya mampu menyebut nama Allah SWT, seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya di depan mata.
Masalahnya, saya keluar dia ingat saya pergi niaga. Saya tertinggal barang, saya patah balik.
Macam ni ya Allah ya Tuhanku. Saya cari duit bang, macam ni balasnya bang. Pukul 3,4 pagi baru saya dapat tidur.
Allahuakbar.
Lelaki itu mendakwa lagi, dia sudah mengesyaki isteri curang dalam masa dua ke tiga minggu kebelakangan ini. Namun, dia hanya mendiamkan diri sehinggalah mereka tertangkap.
Kredit: Kosmo! Online
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM