Connect with us

Oh! Media

Dapat Tahu Bukan Anak Kandung Bapa Lepas 35 Tahun, Ibu ‘Curang’ Masa Abah Outstation

Oh! Tidak

Dapat Tahu Bukan Anak Kandung Bapa Lepas 35 Tahun, Ibu ‘Curang’ Masa Abah Outstation

Dalam agama Islam, nasab merupakan perkara wajib yang perlu dititikberatkan. Terdapat pelbagai kesan negatif melibatkan masa hadapan dan keturunan si anak jika hal ini dipandang ringan.

ADVERTISEMENT

BACA: Isu “Bin / Binti” Bagi Anak Luar Nikah

Seperti luahan individu ini, dia mendapat tahu bukan darah daging bapa selepas 35 tahun hidup. Perkara itu terbongkar apabila dia diberi petunjuk untuk melakukan ujian DNA. Ibu mengaku dia adalah hasil hubungan sulit ketika bapanya keluar outstation.

Lebih menyedihkan apabila si ibu merahsiakan kebenaran tersebut daripada pengetahuan bapa. Malah, ketika si anak berkahwin kira-kira 10 tahun yang lalu, si bapa menjadi wali pernikahannya. Hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jelas individu ini lagi, ketika luahan dibuat bapanya yang sakit masih tidak mengetahui hal sebenar. Apabila bertanyakan hal itu kepada ibu, ibunya hanya mampu diam dan menangis.

Malah, wanita ini juga berasa bimbang untuk memaklumkan status perkahwinannya yang tidak sah itu kepada suami. Dia kecewa menerima hakikat anak-anaknya adalah hasil perkahwinan yang tidak sah. Nauzubillah.

Peguam syariah, Hasanah Johari yang mengulang siar kisah tersebut berharap perkongsian ini dapat dijadikan sebagai pengajaran. Menurutnya, isu nasab bukanlah perkara main-main. Ibu atau bapa tidak seharusnya menipu kerana ianya boleh merosakkan keturunan.

Katanya lagi, pengadu harus ke mahkamah syariah untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.

Kredit: Hasanah Johari | Kisah Rumah Tangga Fans

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top