Connect with us

Oh! Media

Pasangan Kekasih Terpaksa Putus Kerana Talasemia? Ini Fakta Penting Anda Kena Tahu

Trending

Pasangan Kekasih Terpaksa Putus Kerana Talasemia? Ini Fakta Penting Anda Kena Tahu

Viral di media sosial pasangan kekasih terpaksa berpisah selepas tiga tahun bercinta kerana masing-masing disahkan pembawa Talasemia.

ADVERTISEMENT

BACA: Seorang Lelaki Batalkan Perkahwinan Serta Merta Kerana Tertipu

Hasil perbincangan mendalam, mereka mengambil keputusan untuk tidak meneruskan hubungan demi masa hadapan keturunan. Keadaan menjadi lebih beremosi apabila masing-masing dilihat berat untuk menerima kenyataan itu.

@szasaccount

please spread awareness about thalasemia #thalasemia #thalasemiaindonesia #breakup #fyp

♬ Pesan Terakhir – Lyodra

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai memuji tindakan bertanggungjawab pasangan ini yang tidak mahu merisikokan anak-anak jika mereka berkahwin. Namun, ada juga yang kurang jelas mengenai talasemia ini.

Apa itu talasemia?

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi portal MyHealth menjelaskan, talasemia adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti.

Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk.

Badan manusia bergantung kepada tahap hemoglobin yang berfungsi dengan baik. Penyakit Talasemia adalah penyakit keturunan yang diwarisi daripada ibu atau bapa kepada anak melalui gen.

Jenis-jenis Talasemia

Talasemia Major – Pesakit Talasemia.

Talasemia Minor – pembawa, tiada gejala-gejala dan kelihatan sihat.

Apakah tanda-tanda yang ditunjukkan oleh pesakit Talasemia Major?

Sel darah merah dalam penghidap Talasemia Major hanya boleh hidup dalam beberapa minggu sahaja berbanding dengan sel darah merah yang normal selama 4 bulan.

Kekurangan hemoglobin menyebabkan kekurangan oksigen dalam setiap sel badan.

Bagaimana talasemia boleh diwarisi daripada ibu bapa kepada anak-anak?

Setiap manusia mempunyai 2 jenis gen, dan ianya diwarisi daripada ibu dan sebahagiannya daripada bapa. Antara gen tersebut, terdapat 2 gen yang mengawal pembentukan hemoglobin yang terdapat dalam setiap sel darah merah.

Contoh:

  1. Ibu bapa normal.
talasemia

Kedua-dua ibu bapa adalah normal. Mereka tidak mungkin mewariskan penyakit Talasemia atau Talasemia Major kepada anak-anak.

2. Salah seorang ibu atau bapa penghidap Talasemia dan seorang lagi adalah normal.

talasemia

Setiap anak mempunyai 1 antara 2 (50%) peluang untuk mewarisi gen Talasemia daripada ibu atau bapa yang menjadi pembawa, besar kemungkinan kanak-kanak tersebut akan mendapat Talasemia.

Ianya juga 1: 2 (50%) peluang untuk kanak-kanak tersebut mewarisi gen yang normal daripada ibu atau bapa pembawa.

Jika ini berlaku kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan normal. Tiada seorang pun anak pasangan ini mendapat Talasemia major.

3. Kedua-dua ibu bapa adalah pembawa Talasemia, mereka adalah golongan berisiko.

talasemia

Kedua-dua pasangan pembawa mempunyai peluang 1: 4 (25%) mempunyai peluang di setiap kehamilan dan melahirkan anak yang mengalami Talasemia major, 1: 2 (50%) berpeluang mempunyai anak yang mendapat ‘Thalasemia trait’, dan 1:4 (25%) anak berpeluang mewarisi gen yang normal daripada kedua-dua ibu bapa dan ianya bebas daripada penyakit tersebut.

Tanda-tanda awal pada kanak-kanak:

  • Kelihatan normal semasa kelahiran. Walau bagaimanapun ianya secara perlahan-lahan anak tersebut kelihatan pucat dan bertambah teruk apabila usia meningkat pada 6-18 bulan.
  • Kanak-kanak kelihatan letih dan gelisah.
  • Kekurangan darah (Anemia) yang teruk boleh mengakibatkan sesak nafas.
  • Kulit kelihatan kekuningan (Jaundice).
  • Kurang selera makan.
  • Kembung perut disebabkan oleh pembengkakkan hati dan limpa.
  • Perubahan pada pembentukan tulang muka.

Bolehkah Talasemia dielakkan?

Talasemia boleh dielakkan dengan pengesanan awal pembawa serta mengelakkan perkahwinan antara pembawa Talasemia.

Untuk maklumat lanjut mengenai kaedah rawatan dan kesan sampingan jika tidak dirawat, anda boleh merujuk kepada portal MyHealth KKM.

Anda juga boleh menghubungi hospital dan klinik yang berdekatan atau Persatuan Talasemia Malaysia untuk mendapatkan sokongan penjagaan kanak-kanak talasemia.

Kredit: MyHealth (Dr. Zulaiha bt. Muda) | TikTok @szasaccount

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas