Connect with us

Oh! Media

Pasangan Kekasih Dicekup Berkhalwat, Buka Pintu Lambat Dan Mengaku Kononnya Adik-Beradik

Kekasih khalwat ohmedia

Trending

Pasangan Kekasih Dicekup Berkhalwat, Buka Pintu Lambat Dan Mengaku Kononnya Adik-Beradik

Terdapat sepasang kekasih berkeras selama 10 minit untuk membuka pintu kemudian beri alasan mereka adalah adik-beradik ketika dicekup pihak berkuasa pada Ahad lepas di sebuah hotel bajet di Melaka.

Menurut laporan Kosmo, kedua-dua mereka yang berusia 29 dan 28 tahun adalah antara 10 pasangan yang dicekup pihak pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAWI) ketika Tahun Baru Cina dan perkara ini dikatakan sendiri Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat.

Mereka berkali-kali memberitahu bahawa mereka berdua meruoakan adik-beradik sehingga keadaan menjadi tegang tetapi gagal untuk mengemukakan dokumen yang sah.

Selepas disoal siasatan kira-kira 5 minit, pasangan itu akhirnya mengaku yang mereka adalah pasangan kekasih. Mereka beri alasan bermalam di situ kerana ingin berehat. Penat berjalan lah konon?

IKLAN

Sebanyak 10 pasangan yang melibatkan seramai 20 orang individu dibawa ke pejabat JAIM untuk menjalani siasatan lanjut mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis Berita
Megat merupakan penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas