Connect with us

Oh! Media

Isteri Meninggal Dunia Sehari Selepas Suami, Anak Dua Tahun Yatim Piatu

Trending

Isteri Meninggal Dunia Sehari Selepas Suami, Anak Dua Tahun Yatim Piatu

Sejak kebelakangan ini, pelbagai kisah dipaparkan media melibatkan pesakit Covid-19 yang meninggal dunia. Lebih menyedihkan apabila anak-anak terpaksa hidup sebatang kara angkara wabak pembunuh yang telah meragut nyawa ibu bapa mereka.

ADVERTISEMENT

BACA: Pasangan Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia Di Ruang Tamu, Isteri Positif Covid-19

Di Facebook, seorang anak berusia dua tahun yatim piatu sekelip mata apabila ibu bapanya meninggal dunia selang sehari. Menerusi perkongsian pengguna Facebook Shakinah Sf, rakan dan suaminya telah ditidurkan tiga hari lepas berikutan keadaan kesihatan yang semakin membimbangkan.

meninggal dunia

Namun semalam, suami rakannya itu dikhabarkan telah meninggal dunia. Semasa mendapat tahu perkhabaran duka itu, dia tidak dapat membayangkan bagaimana penerimaan rakan terhadap pemergian suami apabila sedar nanti.

Takdir Allah SWT, sehari selepas suami dijemput Ilahi, rakannya Rien Rieyana pula menyusul.

meninggal dunia

Meninggalkan anak yang masih kecil, dia terkenang saat arwah mendapat tahu positif hamil beberapa tahun yang lalu. Waktu itu, arwah berasa sangat gembira kerana telah menunggu lama untuk kehadiran zuriat sulung. Siapa sangka hari ini dia telah pergi selamanya.

Mendapat lebih 9,000 perkongsian, orang ramai turut bersedih mengenangkan nasib yang menimpa anak kecil itu. Mereka turut meninggalkan ucapan takziah mendoakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Kredit: Shakinah Sf

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas