Connect with us

Oh! Media

Pak Mat Western Nafi Tak Bayar Gaji Pekerja, Dah Buat Semakan Di Jabatan Sumber Manusia

pak mat western

Trending

Pak Mat Western Nafi Tak Bayar Gaji Pekerja, Dah Buat Semakan Di Jabatan Sumber Manusia

Kecoh di TikTok baru-baru ini apabila muncul dakwaan panas kononnya jenama makanan terkenal, Pak Mat Western, tidak membayar gaji pekerja mereka.

BACA: “Buat Program Sejuta Selawat Tapi Gaji Tak Bayar?” – Netizen Dedah Isu Panas Libatkan Pak Mat Western

IKLAN

Menjawab tuduhan itu, Pak Mat Western menerusi satu video TikTok rasmi milik mereka menafikan dan menyifatkan tuduhan tidak berasas serta berniat jahat.

Pak Mat Western nafi tuduhan tak bayar gaji

pak mat western

Pak Mat Western juga tampil dengan laporan polis dan bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang.

Mereka turut menjelaskan sudah menyemak perkara ini dengan Jabatan Sumber Manusia dan mendapati gaji telah dibayar kepada semua pekerja, kecuali empat orang dari bahagian jualan yang berhenti tanpa memberikan notis rasmi.

Dah buat lapor polis, rujuk Jabatan Sumber Manusia

pak mat western

Jelasnya lagi, pihak syarikat sudah cuba menghubungi pemilik akaun TikTok yang menyebarkan tuduhan namun tidak berbalas.

Dalam masa sama, pihak Pak Mat Western turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terus menyokong mereka dan berharap agar urusan ini dapat diselesaikan dengan baik.

Pssttt! Tindakan melulu di media sosial boleh mengundang padah lebih-lebih lagi kalau tuduhan itu palsu. Tindakan Pak Mat Western segera membuat laporan polis adalah terbaik untuk membersihkan nama mereka.

Kredit: TikTok Pak Mat Western
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas