Connect with us

Oh! Media

“Buat Program Sejuta Selawat Tapi Gaji Tak Bayar?” – Netizen Dedah Isu Panas Libatkan Pak Mat Western

Ohmedia pak Mat Western

Oh! Tidak

“Buat Program Sejuta Selawat Tapi Gaji Tak Bayar?” – Netizen Dedah Isu Panas Libatkan Pak Mat Western

Satu akaun TikTok dengan nama @boikotpakmat mencuri perhatian ramai apabila tampil mendedahkan dakwaan mengejutkan terhadap restoran western popular, Pak Mat Western.

Dalam siri pendedahan tersebut, individu di sebalik akaun itu mendakwa pihak restoran gagal membayar gaji pekerja dan bekas pekerja mereka.

Dakwaan mengejutkan mengenai Pak Mat Western

Pak Mat Western
Pak Mat Western

Apa yang lebih mengejutkan, akaun tersebut dilihat diwujudkan khas untuk menyebarkan dakwaan itu secara terbuka.

IKLAN

Buat program sejuta selawat, infaq bagi sana sini tapi gaji staf dan ex staf buat liat nak bayar. Siapa lagi kalau bukan Pak Mat Western.

Netizen kongsi pengalaman sama, ada yang dakwa ditipu

Screenshot 2025 04 14 113622

Lebih ramai netizen mula tampil memberikan respon dan berkongsi pengalaman sendiri. Di ruangan komen, segelintir individu turut mendedahkan bahawa mereka pernah menjadi mangsa penipuan melibatkan ejen Pak Mat Western.

Antara dakwaan yang timbul termasuk pesanan makanan yang dibatalkan secara tiba-tiba tanpa sebarang bayaran balik sehingga ke hari ini. Biar betul?

Pssttt! Dakwaan pasal gaji memang sesuatu yang hangat diperkatakan, lebih-lebih lagi kalau melibatkan syarikat yang besar. Kalau ada bukti kukuh, proceed je ke jabatan berkaitan untuk menuntut hak masing-masing.

Kredit: Beautifulnara
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas