Connect with us

Oh! Media

Pagar Hempap Badan, Pemilik Kilang Maut Ketika Melakukan Pemeriksaan

Trending

Pagar Hempap Badan, Pemilik Kilang Maut Ketika Melakukan Pemeriksaan

Tak sangka ajal sampai ketika melakukan pemeriksaan. Seorang pemilik kilang di Tanah Merah maut dihempap pintu pagar ketika melakukan pemeriksaan di premisnya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Tunggu Attar Sampai” – Yatim Piatu Sekelip Mata, Luahan Anak Sulung Masa Kemalangan Sebak

Menurut laporan Berita Harian, mangsa yang berusia 70 tahun dikatakan telah menolak pintu pagar berkenaan untuk menutupnya namun roda pagar telah keluar dari landasan lalu menghempapnya.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superitendan Mohd Haki Hasbullah berkata mangsa cedera parah dan meninggal di tempat kejadian.

Kematian disebabkan pintu pagar terbalik dan menghempap badan pemilik kilang berkenaan.

Hasil siasatan juga mendapati tiada sebarang perbuatan jenayah atau berlaku pergaduhan dalam kes berkenaan.

Mangsa di bawa ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat dan punca kematian disebabkan kecederaan kepala.

Ketua Polis juga menyatakan mangsa tinggal di kawasan kilang itu dan kematian telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas