Connect with us

Oh! Media

Orang Ramai Diingatkan Hakim Mahkamah Untuk Tidak Ulas Isu Hot Daddy Sepanjang Perbicaraan

hot daddy

Trending

Orang Ramai Diingatkan Hakim Mahkamah Untuk Tidak Ulas Isu Hot Daddy Sepanjang Perbicaraan

Orang ramai diingatkan untuk tidak mengulas atau mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kes melibatkan Hot Daddy yang kini sedang bicarakan di mahkamah. Peringatan itu diberikan Hakim Mahkamah Sesyen pada hari Isnin lalu bagi mengelakkan sebarang prejudis terhadap kes.

ADVERTISEMENT

BACA: Hot Daddy Bersama Dua Teman Wanita Didakwa Lagi Atas Tuduhan Jual Video Lucah

Dalam pada itu, mahkamah juga menasihatkan pihak pembelaan untuk tidak membuat sebarang kenyataan atau mengulas kes di luar mahkamah.

Jika perkara itu tetap berlaku, ia akan menimbulkan banyak persepsi di kalangan media kata Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah.

Saya ingatkan semua pihak tidak boleh buat kenyataan berhubung kes yang sedang berlangsung. 

Ini akan menimbulkan persepsi dan prejudis yang menyebabkan perbicaraan luar mahkamah dibuat oleh golongan media dan orang awam.

Sebelum ini, difahamkan Hot Daddy yang terlibat dalam kesalahan pengiklanan khidmat persundalan di media sosial telah dibebaskan atas jaminan polis sementara menunggu perbicaraan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas