Trending
Ojen Aiwah Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka Berhubung Kenyataan Sebelum Ini
Ojen Aiwah tampil mohon maaf secara terbuka, jelaskan kenyataan kontroversi bukan ditujukan kepada netizen.
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Ojen Aiwah akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataan kontroversi yang dikeluarkannya baru-baru ini sehingga mengundang kecaman netizen.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Ojen menjelaskan bahawa kenyataan tersebut tidak ditujukan kepada netizen atau rakyat Malaysia, sebaliknya hanya kepada seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit.
Saya mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kenyataan itu bukan untuk netizen dan bukan untuk rakyat Malaysia, tetapi ditujukan kepada saudara tersebut sahaja.
Keluarkan kenyataan dalam keadaan emosi tak stabil
Menurut Ojen, kenyataan berkenaan dikeluarkan ketika emosinya berada dalam keadaan tidak stabil, susulan tekanan peribadi dan urusan perniagaan yang dihadapinya ketika itu.
Keadaan tersebut menyebabkan maksud sebenar mesej itu disalah tafsir oleh orang ramai, sekali gus mencetuskan kontroversi.
Ojen turut mengakui bahawa sebelum ini dia memilih untuk berdiam diri dan menerima segala teguran, termasuk berkaitan penampilan diri seperti solekan dan pemakaian.
Saya terima teguran. Sebab itu saya tak pernah keluarkan sebarang kenyataan balas sebelum ini.
Namun, keadaan berubah apabila isu tersebut mula melibatkan jenama dan perniagaan yang telah dibinanya selama lima tahun.
“Jangan sentuh periuk nasi saya” – Ojen Aiwah

Jelas Ojen, tindakannya mempertahankan diri dibuat selepas individu terbabit didakwa menyentuh soal perniagaan dengan memaparkan wajahnya, kakitangan serta kandungan yang berpotensi mengelirukan orang ramai.
Saya bukan nak riak atau bongkak. Sentuh personal saya tak mengapa, tetapi jangan sentuh periuk nasi dan jenama yang saya bina.
Dalam masa sama, Ojen turut mendedahkan bahawa tekanan emosinya semakin berat apabila ibunya sedang menjalani rawatan kanser, sekali gus memberi kesan besar terhadap kesihatan mentalnya.
Beliau turut memaklumkan bahawa pihak guamannya telah cuba menghubungi individu terbabit sebelum sebarang tindakan undang-undang difailkan, namun usaha tersebut tidak mencapai kata sepakat.
Pssttt! Dalam dunia media sosial, emosi dan tekanan mudah mencetuskan salah faham. Berfikir sebelum bertindak lebih baik daripada menyesal kemudian hari.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM