Connect with us

Oh! Media

Sudah Hampir Setahun, Ogy Ahmad Daud Masih Lagi Berhutang Dengan Penulis Skrip?

Trending

Sudah Hampir Setahun, Ogy Ahmad Daud Masih Lagi Berhutang Dengan Penulis Skrip?

Kira-kira Mac tahun lalu, viral sekejap isu seorang penulis skrip, Aloy Paradoks yang mendakwa dia belum lagi terima tunggakan bayaran bagi pementasan teater ‘Korupsi Dewan Senandung’ arahan Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Kak Ogy.

ADVERTISEMENT

Kecoh jugak waktu tu sebab Aloy ada upload rasa kecewanya di Facebook secara panjang lebar. Tapi, Ogy yang memang terkenal dengan kelantangannya bersuara tidak hanya berdiam diri dan telah tampil untuk jelaskan hal yang sebenar.

Kata Ogy, bukannya dia sengaja taknak bayar, cuma ada beberapa perkara yang berlaku menyebabkan nasib tak menyebelahi dia. Tambah pula dengan wabak pandemik yang melanda negara, lagilah dia jadi buntu nak selesaikan bayaran.

Memang betul dia ada tunggakan hutang dengan kru produksinya, tapi bukannya dia duduk diam tak buat apa. Dia memang tengah berusaha untuk cari sumber kewangan untuk selesaikan bayaran. Tambah pula, bukannya dia tak bayar langsung, tapi dia dah beri 30 peratus bayaran dekat diorang.

“Saya tak pernah anggap mereka macam peminta sedekah kerana apabila sebut hutang semestinya wajib bayar. Saya sedar mengenai hal itu. Percayalah, sekarang ini saya sedang berusaha dan masih belum putus asa mencari sumber kewangan untuk selesaikan pembayaran.” – balasnya.

Tapi itu kisah Mac tahun lalu. Dari first PKP dilaksanakan di negara kita waktu itu, sampailah sekarang kerajaan dah buat pula PKP 2.0. Rupanya isu ini masih lagi belum selesai. Ia didedahkan sendiri oleh Aloy menerusi tweetnya yang terbaru semalam. Dari tweet tersebut, memang nampak dia betul-betul kecewa dengan apa yang berlaku.

Apapun, semoga Kak Ogy diberikan kemudahan dan rezeki yang melimpah supaya dapat selesaikan isu ini. Tak sedap pula bila dengar seorang legend buat hal macam ni. Mungkin Kak Ogy ada sebabnya sendiri. Semoga ia dapat diselesaikan dengan baik tanpa burukkan mana-mana pihak.

Kredit: Facebook, Twitter Aloy Paradoks

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

To Top