
Trending
Nur Nilam Ortiz, Isteri Azlan Komeng Buang Silikon Demi Taubat
Isteri kepada pelakon Azlan Komeng, Nur Nilam Ortiz nekad menjalani pembedahan membuang silikon di hidungnya demi menjadi seorang muslimah yang lebih baik.
Menurut laporan mStar, Nilam berpegang pada keputusannya meskipun ada yang menyatakan tindakan itu tidak perlu dilakukan jika sudah bertaubat.
Bagi saya lebih baik sakit mencuba dan kemudian baru serah daripada menyerah tanpa mencuba.
Nur Nilam berusaha demi ketenangan dan keampunan

Menerusi Tiktok, Nilam menjelaskan bahawa keputusan membuang silikon tersebut adalah pilihan peribadi demi ketenangan jiwa dan sebagai tanda usaha memperbaiki diri.
Sekurangnya Allah melihat usaha saya, fasa pertama sudah pun berjaya. Bengkak muka macam ikan kembung…
Bukan setakat silikon, tatu pun akan dibuang

Nilam turut berhasrat membuang tatu pada badannya sebagai langkah seterusnya dalam memperbetul masa lalu.
“Selepas ini buang tatu dan hapuskan dosa-dosa dulu. Semoga Allah menerima taubat saya.
