Connect with us

Oh! Media

Nuh Travel Beri Penjelasan Isu Pelakon Hilang Di Jeddah, Cerita Kronologi Kejadian

Ohmedia nadia Kesuma

Trending

Nuh Travel Beri Penjelasan Isu Pelakon Hilang Di Jeddah, Cerita Kronologi Kejadian

Agensi travel sahkan Puan Nadiah hilang di Jeddah sebelum berlepas ke London, usaha pencarian masih diteruskan.

Agensi pelancongan Nuh Travel & Tours tampil memberi kenyataan rasmi berhubung kehilangan salah seorang jemaah umrah mereka, Puan Nadiah Kasumawati binti Abdul Karim, sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah.

Difahamkan, Puan Nadiah merupakan pelakon tanah air yang turut menyertai Pakej Umrah Ziarah London & Paris bersama 21 jemaah lain.

Gagal dikesan sewaktu transit ke London

Kehilangannya mencetuskan persoalan ramai selepas pesawat ke London terpaksa berlepas tanpa beliau, sekali gus mengundang pelbagai spekulasi di media sosial.

IKLAN
Nuh Travel

Menurut kenyataan rasmi, pihak agensi telah menyerahkan dua pas masuk penerbangan kepada Puan Nadiah – satu untuk laluan Kuala Lumpur ke Jeddah dan satu lagi bagi penerbangan Jeddah ke London (Heathrow).

Setibanya di Jeddah untuk transit, semua jemaah termasuk Puan Nadiah diberi taklimat oleh ketua rombongan dan diminta berkumpul semula selepas selesai urusan peribadi seperti ke tandas dan berehat.

Namun, ketika semua jemaah sudah bersedia untuk beratur ke pintu pelepasan, Puan Nadiah tidak muncul bersama kumpulan.

Ketua rombongan terus memaklumkan kepada pihak pengurusan lapangan terbang dan tiga pengumuman telah dibuat, namun tetap gagal menemui beliau.

Mohon jangan buat spekulasi, doakan pencarian berjaya

Nuh Travel

Pihak Nuh Travel segera memaklumkan kejadian ini kepada ibu pejabat di Malaysia serta menghubungi petugas mereka di Mekah dan Jeddah, selain memaklumkan kepada suami Puan Nadiah serta pihak muassasah di Arab Saudi.

Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, Puan Nadiah masih belum dapat dikesan, dan pihak kami terus komited menjalankan usaha pencarian secara aktif bersama pihak berkuasa di Arab Saudi.

Cubaan untuk menghubungi telefon bimbit Puan Nadiah juga tidak berjaya, dan mesej yang dihantar masih belum dibaca.

Pihak agensi juga memohon orang ramai supaya tidak menyebarkan spekulasi atau maklumat tidak sahih kerana ia boleh mengganggu siasatan dan proses pencarian.

Pssttt! Semoga usaha pencarian berjalan lancar dan Puan Nadiah ditemui dalam keadaan selamat. Jangan cepat sebarkan andaian, biar pihak berkuasa dan agensi uruskan dengan tenang.

Kredit: Facebook Nuh Travel & Tours
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas