Connect with us

Oh! Media

Nora Danish Muat Naik Foto Lelaki Berkopiah, Sudah Bahagia Ada Kekasih?

Ohmedia nora Danish 2

Trending

Nora Danish Muat Naik Foto Lelaki Berkopiah, Sudah Bahagia Ada Kekasih?

Nora Danish muat naik foto lelaki misteri berkopiah hingga netizen mula menghidu kehidupannya yang baharu.

Selepas hampir setahun bergelar ibu tunggal, pelakon popular Nora Danish seakan memberi bayangan dirinya bakal memulakan bab baharu dalam hidupnya.

Menurut laporan mStar, perkara itu tercetus selepas Nora memuat naik beberapa foto sepanjang bulan Ogos di Instagram, termasuk satu gambar yang memperlihatkan separuh wajah seorang lelaki berkopiah dan bercermin mata.

Satu bab baharu, Bismillah.

Lelaki itu sedang tunai umrah?

Nora Danish 3

Dalam hantaran tersebut, Nora turut berkongsi perjalanan lelaki berkenaan yang dipercayai kini sedang mengerjakan ibadah umrah.

IKLAN
Ohmedia nora Danish 2

Namun begitu, aktres berusia 42 tahun itu tidak mengulas lanjut tentang identiti sebenar jejaka berkenaan, sekali gus menimbulkan lebih banyak tanda tanya dalam kalangan peminat.

Netizen dakwa Nora Danish kini bahagia?

Nora

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mula menghidu kebahagiaan yang sedang dinikmati Nora.

Ada yang membuat spekulasi mengenali lelaki tersebut, namun mereka percaya dia bukan daripada industri hiburan.

Kenapa gambar lelaki macam ku kenal? Dia ada like post Nora sebelum ini. Baru-baru ini dia pergi umrah.

Orang biasa, bukan artis. Saya tahu siapa tapi biarlah rahsia.

Ramai juga memuji cara Nora berkongsi, yang dianggap ‘soft launch’ penuh bermakna.

Pssttt! Semoga siapa pun pilihan Nora, dia terus dilimpahi kebahagiaan.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas