Trending
Niat Suami Nak Cari Tukang Urut ‘Online’ Terbantut Lepas Lihat Gambar Isteri Dalam Laman Web
Pada
Oleh
Hasrat seorang lelaki di Mumbai yang ingin mendapatkan perkhidmatan tukang urut secara atas talian terbantut selepas dia terjumpa gambar isterinya sendiri ketika melayari laman web berkenaan.
BACA: Mayat Warga Emas Ditemui Dalam Plastik, Dipercayai Maut Ketika ‘Projek’ Dengan Isteri Orang
Memetik laporan India Today, difahamkan gambar isteri dan juga adiknya digunakan tanpa kebenaran sebelum dimuat naik di laman web tukang urut tersebut oleh orang yang tak bertanggungjawab.
Lelaki itu kemudiannya memerangkap individu yang menggunakan gambar isteri dan adiknya itu dengan menghubungi nombor yang tertera di laman web tersebut dan meminta wanita yang menggelarkan namanya sebagai Reshma Yadav untuk berjumpa di sebuah hotel.
Tiba sahaja mereka di tempat yang dijanjikan, wanita tersebut sedar akan perbuatannya yang terbongkar itu lantas cuba untuk melarikan diri namun berjaya dihalang lelaki tersebut yang terus membawanya ke balai polis.
Reshma kemudiannya ditahan selepas disyaki menjadi sebahagian daripada kumpulan penjenayah yang memuat naik gambar wanita cantik di laman web servis tukang urut.
Reshma kini dihadapkan ke mahkamah dan ditahan berhubung kes yang didakwa.
Kredit: India Today
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Bayangkan tengah syok makan ayam dekat KFC, tiba-tiba ada orang tengah perhatikan dari luar. Lagi pelik,...
Siapa dekat sini membesar dengan rancangan Upin & Ipin, jujur cakap korang memang legend habis lah! ...
Pelakon suara terkenal Peter Cullen, yang menghidupkan watak Optimus Prime dalam Transformers, meninggal dunia pada usia...
Dua tokoh bekas Tabung Haji direman tujuh hari SPRM susulan siasatan berkaitan pendedahan Laporan RCI TH.
Ismail Sabri bakal didakwa esok di Mahkamah Sesyen berkaitan kes pengisytiharan harta.
19 September sehingga 4 Oktober 2026
Sukan Asia 2026 telah bermula!