Connect with us

Oh! Media

“Ni Baru Betul Hadiah Kahwin” – Netizen Puji Rakan Pengantin Beri Barang Keperluan Harian Sebagai Hadiah

Hadiahkahwin

Trending

“Ni Baru Betul Hadiah Kahwin” – Netizen Puji Rakan Pengantin Beri Barang Keperluan Harian Sebagai Hadiah

Baru-baru ini tular satu video memaparkan beberapa orang pemuda yang memberikan hadiah tidak senonoh sewaktu menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka.

BACA: “Nampak Sangat Pengantin Perempuan Tak Selesa” – Pasangan Pengantin Tahan Malu, Rakan-Rakan Beri Hadiah Tak Senonoh Atas Pelamin

Tindakan pemuda-pemuda itu telah menyebabkan mereka dikecam teruk oleh netizen yang berang dengan tindakan yang dianggap mencemar serta mengaibkan majlis perkahwinan.

IKLAN

Beri barang keperluan sebagai hadiah kahwin

Namun, berbeza pula dengan seorang pengguna bernama nzrnahmd_ di TikTok yang memuat naik video ketika menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat bersama rakan-rakan yang lain.

@nzrnahmd_ Dah macam mangsa banjir 😂 #fyp #kahwin ♬ original sound – 🕸KroNoLoC🕸

Menerusi video tersebut, dapat dilihat nzrnahmd bersama rakan-rakannya yang lain sedang beratur menunggu giliran untuk memberi hadiah perkahwinan kepada sahabat mereka yang sedang duduk di atas pelamin.

Apa yang mencuit hati ialah, mereka memberikan keperluan harian seperti bantal, bawang merah, gula, garam dan minyak masak sebagai hadiah perkahwinan kepada rakan mereka itu.

Ni baru betul hadiah kahwin

Video yang tular itu mendapat respon yang positif dari warganet. Rata-rata mereka memuji tindakan sekumpulan pemuda tersebut yang memberikan barangan keperluan harian sebagai hadiah kepada pengantin.

Screenshot 2022 06 22 at 002845
Screenshot 2022 06 22 at 002851
Screenshot 2022 06 22 at 002858

Kalau bagi hadiah macam ni kan bagus, boleh juga pengantin gunakan untuk kegunaan harian.

Kredit: TikTok nzrnahmd_

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas