Connect with us

Oh! Media

Netizen Masih Tidak Dapat Menerima Permohonan Maaf Adik Pemilik Jakel

muzaffar2badik2bjakelpng

Trending

Netizen Masih Tidak Dapat Menerima Permohonan Maaf Adik Pemilik Jakel

Walaupun sudah mengeluarkan statement permohonan maaf secara terbuka, nampaknya ia masih belum cukup meredakan kemarahan orang Malaysia. Inilah yang terjadi kepada adik kepada pemilik Jakel iaitu Muzaffar yang memohon maaf kepada rakyat Malaysia selepas mengeluarkan kenyataan yang tidak sesuai di Instagram Stories.

Salam semua maafkan saya, saya hanya insan biasa. Saya sekali lagi memohon maaf diatas kekhilafan dan keterlanjuran yang dikatakan dalam IGS posting. Apa yang saya ingin nyatakan adalah kesalahan saya kerana saya secara tak sengaa menggunakan ayat yang tidak saya sepatutnya digunakan. Saya ingin jelaskan juga, saya hanya bekerja dengan syarikat abang saya. Saya bukan share shareholder atau owner Jakel. Kenyataan yang dikeluarkan oleh saya adalah kenyataan peribadi dan bukanlah mewakili dari kenyataan syarikat Jakel. – Tulisnya.

Netizen nampaknya masih tidak berpuas hati yang melihat permohonan maaf hanya dikeluarkan bila kempen boikot mula dilihat di media sosial.

Sebelum ini, pemilik Jakel yang merupakan abang kepada Muzaffar iaitu Datuk Mohamed Faroz Mohamed turut telah mengeluarkan permohonan maaf mewakili adiknya itu dan menyatakan rasa kesal atas perbuatan tersebut.

IKLAN

Saya juga terkesan dengan posting tersebut. Saya juga marah. Tapi perkara telah berlalu, segala kekhilafan ini berlaku mungkin salah faham. Tapi telah ditokok tambah oleh posting-posting yang tidak berapa tepat dan sebagainya. – Jelasnya dalam satu video yang dimuat naik di Facebook rasmi Jakel.

Kami di Ohmedia hanya mengharapkan agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. Jagalah percakapan dan penulisan kita kerana ia mungkin dapat mengguris hati ramai orang.

+ Baca respon pembaca yang ikuti isu ini di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas