Connect with us

Oh! Media

Netizen Syak Akan Berbaik Macam Memey Dan Abby Abadi? Ini Respon Cik Epal

cik epal

Trending

Netizen Syak Akan Berbaik Macam Memey Dan Abby Abadi? Ini Respon Cik Epal

Bila dah dikhianati dan dilukai, bukan mudah nak maafkan apatah lagi nak berbaik semula.

Itu yang ditegaskan oleh influencer popular, Cik Epal menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya baru-baru ini.

IKLAN

Bakal berbaik macam Memey dan Abby? Ini respon Cik Epal

Dalam satu kapsyen panjang lebar, Cik Epal menepis dakwaan segelintir netizen yang membandingkan dirinya dengan Abby Abadi dan Memey Suhaiza yang kini diketahui mempunyai hubungan baik walaupun pernah melalui sejarah perit

Namun Cik Epal membalas dengan tegas tidak akan sesekali berbaik dengan pemusnah rumah tangganya termasuk perosak hidup anak-anaknya, Han dan Yuki.

Katanya lagi, kes yang dihadapi olehnya tidak sama langsung dengan situasi orang lain.

Malah, dia sendiri menyatakan bahawa dia tidak lagi mahu berurusan langsung dengan bekas suaminya dan lebih-lebih lagi dengan wanita yang dianggap ‘penyondol’ itu.

Dengan bapak budak-budak ni pon aku dah menyampah (kalau boleh, aku tak nak dah berurusan dengan dia langsung), ni nak baik dengan penyondol?? Memang kirim salam je lah ekk.

“My life, my rules” – Cik Epal pilih siapa yang layak dalam hidupnya

cik epal

Cik Epal turut menegaskan bahawa segala keputusan mengenai siapa yang dia mahu atau tidak mahu dalam hidupnya adalah hak mutlak dirinya sendiri.

Dia tidak terikat dengan harapan orang lain dan tidak mahu dipaksa untuk berbaik hanya kerana masyarakat menganggap ia tindakan yang mulia.

Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata menyokong ketegasan Cik Epal dalam mempertahankan maruah dan prinsipnya sebagai seorang wanita dan ibu.

Pssttt! Kalau orang tak nak berbaik tak boleh paksa kan? Semoga yang baik-baik je untuk Cik Epal dan keluarganya.

Kredit: Instagram Cik Epal
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas