Connect with us

Oh! Media

Cik Epal Sindir Perkahwinan Bekas Suami Dengan Dewi – “Match Made In Hell”

cik epal

Oh! Artis

Cik Epal Sindir Perkahwinan Bekas Suami Dengan Dewi – “Match Made In Hell”

Sebelum ni Ohmedia ada kongsikan artikel tentang gambar majlis perkahwinan Jofliam dan isteri barunya, Dewi. Apa yang mencuri perhatian sekarang adalah komen Cik Epal tentang perkahwinan baru bekas suaminya itu.

Dalam satu perkongsian yang dimuat naik di media sosial, Cik Epal mengucapkan tahniah secara sinis kepada pasangan tersebut dan menyindir mereka sebagai pasangan “match made in hell“.

IKLAN

BACA: Akhirnya Sah! Jofliam dan Dewi Selamat Bernikah

Nasihat tajam Cik Epal buat Dewi…

cik epal

Beliau turut memberikan nasihat kepada Dewi untuk bersedia menghadapi kerenah Jofliam, sambil menyatakan bahawa bekas suaminya itu “lemah dengan perempuan acah”.

Sindiran ini jelas menunjukkan kekecewaan dan rasa tidak puas hati Cik Epal terhadap perkahwinan tersebut.​

Untuk qurqy, good luck melayan tantrum abiang. Jaga abiang elok-elok sebab abiang memang LEMAH dengan perempuan acah macam kau. Kalau takut abiang curang lagi, boleh lah sorok abiang dalam almari.

Pesanan Cik Epal buat pasangan penyondol…

Tidak terhenti di situ, Cik Epal turut memberikan nasihat buat pasangan yang terjalin dari hasil menyondol agar berbahagia hingga ke neraka.

Kepada pasangan penyondol laki dan bini orang, semoga berbahagia hingga ke neraka. Sesungguhnya korang memang match made in hell.

Untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam telah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun sebelum mengesahkan perceraian mereka pada Oktober 2024.

Selepas perceraian, timbul spekulasi mengenai hubungan antara Jofliam dan Dewi, yang sebelum ini bekerja di bawah perniagaan piza milik Jofliam.

cik epal

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas