
Trending
Netizen Puji Tindakan ‘Adik Syurga’ Buang Penyodok Yang Menghalang Jalan
Oleh
Anak yang dilahirkan dalam keadaan kelainan upaya mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri. Meskipun dilahirkan dengan serba-serbi kekurangan, mereka tetap mempunyai hati yang mulia dan sentiasa prihatin terhadap orang sekeliling.
BACA: “Apa Kisah Uncle Ni..?”- Ramai Simpati Lihat Uncle Pesan 8 Set Makanan, Makan Dan Bercakap Sendirian
Paksa kakak berhenti tepi jalan
@etonbaha Adik syurga aku #downsindrome #esekeli #xyzbca #fyp #tiktokmalaysia #siblings ♬ original sound – etonbaha
Menerusi satu video di TikTok, pengguna yang bernama etonbaha berkongsi detik dipaksa adik ‘syurga’nya untuk berhenti di tepi jalan. Menurut pengguna TikTok tersebut, difahamkan adiknya itu ingin membuang sebatang penyodok yang menghalang dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
Dapat dilihat anak syurga itu berlari mengambil dan membuang penyodok tersebut sebelum masuk semula ke dalam kereta.
Netizen nak bagi duit raya
Tindakan anak ‘syurga’ itu mendapat respon yang pelbagai dari warganet. Rata-rata mereka memuji tindakan yang dibuat pemuda berkenaan dan ada juga yang ingin memberikannya duit raya.



Kredit: TikTok etonbaha
