Trending
Netizen Kongsi Video Lama Reaksi 6 Bekas Penuntut UPNM Terlepas Hukuman Gantung
Tular di media sosial rakaman video lama menunjukkan reaksi enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) beberapa tahun lalu.
Video itu dipercayai dirakam ketika enam tertuduh terbabit terlepas daripada hukuman gantung di atas kesalahan membunuh.
Rakaman tersebut dipercayai tular sekali lagi selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenepikan hukuman penjara dan menjatuhi hukuman gantung sampai mati.
Hukuman itu diputuskan tiga panel hakim diketuai Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, yang bersidang bersama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.
BACA: Enam Bekas Penuntut UPNM Dihukum Gantung Sampai Mati Bersalah Bunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan
Hakim sebulat suara membenarkan rayuan silang pendakwaan untuk menghidupkan semula tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM