Connect with us

Oh! Media

Netizen Dakwa Pembida Harta Sajat Rupanya PA Datuk Aliff Syukri?

Trending

Netizen Dakwa Pembida Harta Sajat Rupanya PA Datuk Aliff Syukri?

Kecoh di media sosial hari ini apabila pembida harta lelongan milik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman bernilai RM132,000 dikatakan tidak dapat dihubungi.

ADVERTISEMENT

Lelaki itu memberi alasan mahu ke bank untuk menguruskan pembayaran bidaan. Namun sehingga jam 4.10 petang dia tidak muncul.

BACA: Beri Alasan Urusan Bank Belum Selesai, Pembida Harta Sajat Lari?

Menerusi laporan mStar, peguam Nurul Hafidzah Hassan berkata, lelaki bernama Mohammad Syazwan Ahmad Fiesol memaklumkan wang tunai berada di rumah.

Jadi, pihak peguam memberi kebenaran untuknya menyerahkan bayaran dalam bentuk bank draf dahulu.

Padahal bank draf kejap saja, kita syak pembida ini orang rapat kepada seorang lagi usahawan terkenal.

Difahamkan, sesi lelongan akan dilakukan semula pada minggu hadapan.

Ekoran kejadian itu juga, nama Syazwan Fiesol mula popular di ruangan carian Facebook. Netizen mendakwa lelaki ini merupakan pembantu peribadi kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.

pembida harta sajat
pembida harta sajat

Ianya berdasarkan ‘bio’ yang ditulis di Facebook milik individu itu. Malah, netizen juga dilihat mula meninggalkan pertanyaan adakah dia individu yang membida harta lelongan Sajat memandangkan nama adalah sama.

pembida harta sajat

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sejauh manakah kesahihan dakwaan tersebut. Sama-sama kita nantikan respon daripada tuan punya badan.

Kredit: mStar Online | KJ Nilam

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas