Connect with us

Oh! Media

Netizen Bercanggah Pendapat Gara-Gara ‘Rahimah Tanpa Rahim’

Trending

Netizen Bercanggah Pendapat Gara-Gara ‘Rahimah Tanpa Rahim’

Zaman sekarang, ada macam-macam jenis tajuk drama Melayu yang boleh kita lihat dekat TV. Pihak produksi akan cuba apa sahaja asalkan boleh tarik minat masyarakat untuk melekat di kaca TV dan jadi penonton setia drama tersebut.

ADVERTISEMENT

Terbaru, ada sebuah drama yang diberi tajuk ‘Rahimah Tanpa Rahim’ yang bakal ditayangkan di TV3. Sekali baca, tak ada apa yang pelik pun. Tapi, siapa sangka secara tak langsung tajuk drama tersebut telah jadi perdebatan antara netizen di Twitter.

Ada yang berpendapat tajuk drama tersebut lawak dan tak masuk akal. Bahkan ada yang anggap ia membawa maksud Rahimah sebagai heroin kehilangan heronya yang bernama Rahim. Siap ada yang suggest tajuk untuk season 2 nanti. Wah wah, kalau bab mengutuk memang korang suka ya!

Tapi, ada juga sesetengah netizen yang berpendapat ia sebenarnya tajuk yang amat kreatif dan menarik. Kalau korang baca tajuk itu dari satu sudut yang lain, ia boleh juga bawa maksud seorang wanita bernama Rahimah yang mempunyai sindrom MRKH. Haa, korang tahu tak apa itu MRKH?

Senang cerita, sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauser (MRKH) ini ditemui pada wanita yang dilahirkan tanpa rahim (uterus). Sindrom ini menyebabkan faraj dan rahim wanita tak berkembang. Disebabkan tiada rahim, biasanya mereka tak mengalami menstruasi atau datang haid. Haa, rare kan?

Jadi kalau betul drama ini berkisarkan wanita yang mempunyai sindrom MRKH, ia sebenarnya boleh beri pendedahan baru dan mendidik masyarakat. So, kira baguslah wujud drama yang macam ni, kan? Setidak-tidaknya boleh juga bantu masyarakat untuk faham dengan lebih mendalam tentang sindrom tersebut.

Janganlah cepat menghukum dan buat diskriminasi dekat karya kita sendiri. Kata nak filem dan drama kita maju. Tapi kalau tak beri peluang, macam mana nak berkembang. Buat pihak produksi pun, harapnya ini bukanlah sekadar drama dengan storyline yang typical. Kalau nak buat drama berasaskan medical, harapnya ia dah well-planned dan ditambah dengan prop yang logik. Baru orang kita support!

Kredit: Redaksi

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

To Top