Connect with us

Oh! Media

“Takkan Nak Minum Air Sambil Pakai Mask?”, Netizen Bengang Saman Makin Mengarut

Pkp

Trending

“Takkan Nak Minum Air Sambil Pakai Mask?”, Netizen Bengang Saman Makin Mengarut

Viral di social media semalam tentang dua orang lelaki yang disaman oleh pihak polis hanya kerana mask mereka masih di dagu selepas minum air. Bak kata netizen, tak logik langsung!

Menurut laporan, asalnya dua penunggang motosikal tersebut hantar kawan mereka ke sebuah shopping mall. Sementara menunggu, mereka beli dua minuman dan tarik mask mereka ke bawah untuk minum air. Bila dah habis minum, mereka biarkan mask di dagu sekejap dan tak tarik ke atas semula.

Baru nak letak air ke dalam raga motor, tiba-tiba tiga lelaki yang hanya berpakaian biasa datang dekat diorang. Bila salah seorang dah tunjuk kad, rupa-rupanya mereka adalah pegawai polis. Apa lagi, dua penunggang motosikal tu memang kena saman lah RM1,000 seorang.

IKLAN

Bila ohmedia tengok di ruangan komen, kebanyakan netizen memang tak puas hati dengan tindakan yang dikenakan. Memanglah pegawai polis tu jalankan tugas, tapi kena consider jugaklah. Orang tu minum air je, bukannya jalan keliling shopping mall tak pakai mask.

124861956 788279245063667 2745177382630706717 n
124630612 2706797672982931 1818552628867861556 n
124470559 1354681534876453 3594560491900240189 n

Kalau ikutkan, bukan baru sekali benda macam ni berlaku. Tapi, tak boleh juga nak salahkan pihak polis seratus peratus. Sebab, memang ada juga jenis netizen yang tak dengar cakap dan tak makan saman. Senang cerita, masing-masing kena beringat sendiri. Bertolak ansur lah antara satu sama lain. Sebab at the end, semua untuk kebaikan diri kita juga.

Kredit: World Of Buzz

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas