Connect with us

Oh! Media

“Negeri Lain Ada Bran Ke?” – Tular Pesanan Berkelakuan Sopan Kepada Penonton Wayang Di Terengganu

Trending

“Negeri Lain Ada Bran Ke?” – Tular Pesanan Berkelakuan Sopan Kepada Penonton Wayang Di Terengganu

Tidak dinafikan, ada kes di mana penonton berkelakuan tidak sopan dengan pasangan ketika menonton wayang. Keadaan yang gelap ketika tayangan menyebabkan segelintir berani melakukan maksiat.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kami Nak Wayang” – Kecewa Tak Dapat Tengok Mat Kilau, Rakyat Gesa Kerajaan Negeri Kelantan Benarkan Operasi Panggung Wayang

Di TikTok, tular rakaman video yang dibuat pengguna @sabri_mamat memaparkan pesanan yang dibuat Bahagian Penguatkuasaan Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu mengenai larangan di dalam panggung.

Perbuatan seperti berpelukan, berciuman atau seumpamanya adalah satu kesalahan yang boleh didenda RM1,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

@sabri_mamat

This is Terengganu. Sebelum menonton wayang. Tonton dulu pesanan berkelakuan sopan. #terengganu #viral #fyp #melayu #matkilau #wayang

♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir

Di bawah Seksyen 35, mendedahkan mana-mana bahagian tubuh yang menimbulkan ghairah di tempat awam adalah satu kesalahan yang boleh didenda tak lebih RM1,000 atau penjara tak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Semoga peringatan ini memberi manfaat kepada anda semua. Selamat menonton.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan pesanan ‘deep’ yang ditayangkan kepada penonton sebelum menonton wayang itu dan mengatakan pesanan itu sepatutnya dibuat di setiap negeri.

Baru aku tahu dekat negeri Terengganu je ada. Ingat semua negeri ada,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Kredit: TikTok @sabri_mamat

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas