Connect with us

Oh! Media

“Nama Kakak Sarah” – Shuib Cerita Mimpi Misteri Anak Kecil Pukul 4 Pagi

Trending

“Nama Kakak Sarah” – Shuib Cerita Mimpi Misteri Anak Kecil Pukul 4 Pagi

Di TikTok, viral rakaman video memaparkan pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu menceritakan kisah yang diterimanya daripada seorang individu menerusi voice note. Individu tersebut memaklumkan anaknya mimpi bertemu dengan Allahyarham Siti Sarah.

ADVERTISEMENT

BACA: “Ibu Di Syurga” – Klip Shuib Beritahu Anak Tentang Pemergian Siti Sarah Undang Sedih

Menceritakan dengan lebih lanjut, individu tersebut berkata dia dikejutkan anak lebih kurang jam 4 pagi. Anak memberitahu dia bermimpi tiba di sebuah tempat yang sangat cantik. Di dalam mimpi itu, dia ternampak seorang perempuan duduk di atas kerusi. Kelihatannya seperti perempuan itu baru sahaja sampai kerana keadaannya yang terpinga-pinga melihat sekeliling.

@kakniskuaci

Subhanallah #sitisarahraisuddin #tenanglahdisana #mimpiterindah #sarahsyuib

♬ original sound – Kaknis Kuaci

Tidak lama kemudian, si anak melihat perempuan itu diserbu ramai kanak-kanak. Wajah kanak-kanak itu kelihatan seperti anak-anak Palestin. Si anak ada bertanyakan nama perempuan itu dan dia menjawab namanya ‘Sarah’. Mereka kemudiannya berjalan melihat keindahan tempat tersebut. Kata si anak, keadaan di situ sangat seronok dan mereka ada minum susu.

Selepas menceritakan mimpi itu, si anak bertanyakan ibunya adakah dia mengenali ‘Sarah’. Si ibu kemudiannya menunjukkan foto Siti Sarah melalui hasil carian di Youtube. Selepas ditunjukkan kepada anak, si anak mengakui itulah perempuan yang ditemukannya di dalam mimpi.

Menurut Shuib, dia sendiri tidak pasti sama ada kisah mimpi itu benar ataupun tidak. Namun, dia masih lagi menyimpan pesanan suara yang dihantar individu itu kepadanya.

mimpi
mimpi
mimpi

Kredit: TikTok @kakniskuaci

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas