Connect with us

Oh! Media

Nak Tolong Kawan, Wanita Ini Sanggup Gadai Gelang Emas Tapi Akhirnya Kena Tebus Sendiri

gelang

Trending

Nak Tolong Kawan, Wanita Ini Sanggup Gadai Gelang Emas Tapi Akhirnya Kena Tebus Sendiri

Di TikTok, seorang wanita tak dapat menahan sebak apabila niat baiknya untuk membantu rakan dalam kesusahan berakhir dengan kekecewaan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Geli Sikit” – Gadis ‘Terpaling Pandai’ Bahasa Inggeris Dikecam Hina Ayat Bekas Pakwe Kawan

Menerusi video itu, dia dilihat menangis menceritakan sanggup menggadai gelang emas kepunyaannya untuk mendapatkan wang tunai.

gadai gelang

Namun, dia dikhianati rakan apabila terpaksa menebus semula gelang emas itu sendiri termasuklah membayar faedah selama enam bulan.

9 bulan aku gadaikan gelang aku ni semata-mata nak tolong kawan aku. Aku kena tebus balik sendiri. Salah aku ke nak tolong kawan? RM9,000 lebih aku kena bayar, ini tak termasuk RM500 faedah enam bulan pertama.

Katanya, dia mengumpul duit selama 9 bulan untuk mendapatkan gelang emas itu kembali. Dia turut mempersoalkan adakah niat ikhlasnya membantu rakan adalah satu tindakan yang bodoh.

emas

Wanita ini bagaimanapun menjadikan ia sebagai pengajaran di penghujung 2023. Dia berharap tahun 2024 yang akan datang adalah lebih baik.

Kredit: TikTok Aiza Roslan

+ Baca artikel penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas