Connect with us

Oh! Media

Nak Elak Rakyat Malaysia Kerja Di Luar Negara, Kerajaan Tetapkan Gaji Minimum RM2,000?

gaji minimum

Trending

Nak Elak Rakyat Malaysia Kerja Di Luar Negara, Kerajaan Tetapkan Gaji Minimum RM2,000?

Dari dulu lagi, isu mengenai gaji buat rakyat Malaysia tidak pernah habis. Sekarang ini, gaji minimum rakyat Malaysia telah ditetapkan dari RM1,700 sehingga RM2,000 sebulan hasil daripada Program Insentif Malaysianization yang dimajukan oleh pihak kerajaan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Bukan Tekanan, Gaji Rendah, Kos Sara Hidup.. Tapi K Drama?” – Syed Saddiq

Menerusi laman Kosmo, Datuk Awang Hashim , Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, program itu dijalankan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi.

Gaji minimum yang lebih relevan

gaji minimum

Kata Datuk Awang Hashim yang merupakan Ahli Parlimen Pas Rendang, pekerja yang sekarng ini menerima gaji RM1,200 bakal dapat manfaat insentif tambahan sebanyak 20 peratus daripada gaji bulanan ataupun RM500.

Gaji minimum ditetapkan di kawasan bandar RM1,200 ditambah RM500 jadi paling kurang RM1,700. Bagi luar bandar di kawasan majlis perbandaran gaji minimum RM1,100 ditambah RM500.

Dengan itu rakyat tempatan dapat gaji paling kurang antara RM1,700 ke RM2,000 termasuk dengan elaun-elaun.

Jawapan yang diberikan ini telah menjawab soalan daripada Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, mengenai tindakan yang dilakukan kerajaan untuk menetapkan gaji yang berpatutan bagi mengelakkan rakyat Malaysia lari dan bekerja di luar negara.

Semoga kerajaan kita akan meneliti setiap gaji yang diberikan oleh sesetengah syarikat kepada pekerjanya. Hal ini kerana, ada segelintir syarikat yang menggunakan tenaga kerja pekerja dengan sepenuhnya tetapi bayar dengan gaji yang tidak mencukupi.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas