
Trending
“Anak Kami Meninggal Tahun Lepas” – Nahas FRU, Isteri Koperal Nurit Luah Rasa Pilu
Pemergian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) akibat kemalangan dengan lori muatan batu semalam telah meruntun jiwa banyak pihak.
Yang pastinya, kehilangan berat ini merobek hati ahli keluarga yang kehilangan insan tersayang sekelip mata.
BACA: “Abang Sanggup Tukar Kerja Elak Rasuah” – Koperal Amiruddin, Tragedi FRU
Memetik laporan Minggun Wanita, isteri kepada Koperal Nurit Pandak, salah seorang anggota yang maut tidak sangka kehilangan orang tersayang dalam tempoh dua tahun terturut-turut.
Jowissemborisxs Bah Johan berkata, tahun lalu anak perempuan mereka meninggal dunia akibat masalah jantung.
Ujian bertimpa-timpa, tapi tetap kuat demi teruskan hidup

Kini, suaminya pula pergi buat selama-lamanya, meninggalkan dia seorang diri menanggung kesedihan yang bukan sedikit.
Anak kami meninggal tahun lepas… waktu tu hati saya hampir patah. Tapi suami kuat. Dia pujuk saya, dia sokong saya. Dia pun sedih, tapi tetap tabah. Sekarang, giliran saya pula kena hadapi kehilangan dia…
Jowissemborisxs berkongsi bahawa suaminya sangat komited dengan tugas sebagai anggota polis dan sudah berkhidmat lebih 10 tahun.
“Kami sempat merasa bahagia sekejap”
Walaupun diuji kehilangan anak, Nurit tidak pernah lari daripada tanggungjawab dan sentiasa memberi semangat kepada isterinya.
Kami hanya sempat merasa bahagia sekejap… kini semuanya hilang. Anak dah tak ada. Suami pun pergi… Dua kehilangan besar dalam masa dua tahun. Berat sangat untuk saya tanggung…
Kini, Jowissemborisxs yang menetap di Kampung Orang Asli Bukit Terang, Kampar, perlu kuat berdiri demi meneruskan hidup walaupun jiwanya hancur.
Menurutnya, suaminya kerap berulang alik dari Kampar ke Sungai Senam demi tugasan. Dalam pada itu, bapa kepada mendiang, Pandak Rompan turut reda dengan kehilangan anak ketiga daripada lima beradik itu.
Mendiang Nurit akan disemadikan di Tanah Perkuburan Orang Asli Batu Berangkai, Kampar.
Kredit: Minggun Wanita
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
