Connect with us

Oh! Media

“Abang Sanggup Tukar Kerja Elak Rasuah” – Koperal Amiruddin, Tragedi FRU

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Negara

“Abang Sanggup Tukar Kerja Elak Rasuah” – Koperal Amiruddin, Tragedi FRU

Pemergian yang sungguh memilukan. Nahas ngeri melibatkan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus – Sungai Lampam, Teluk Intan meragut sembilan nyawa, termasuk seorang anggota bernama Koperal Amiruddin Zabri.

Tragedi menyayat hati ini berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai bertugas sempena perayaan Chitrapournami.

Pilih FRU demi elak perkara negatif…

Fru

Menurut adik mangsa, Sahal Zabri, abangnya memilih untuk meninggalkan tugas sebagai anggota polis biasa dan menyertai FRU semata-mata mahu menjauhi perkara yang tidak baik seperti rasuah.

IKLAN

Abang sanggup menukar pekerjaannya dari anggota polis kepada anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk mengelak perkara negatif seperti rasuah.- Katanya ketika ditemui di Hospital Teluk Intan.

Berita duka itu diterima menerusi panggilan telefon daripada kakaknya dan Sahal sendiri mengakui melihat laporan tragedi terbabit tular di media sosial sebelum mengetahui abangnya antara yang terkorban.

Tiada petanda pelik, kali terakhir jumpa di kedai makan…

Image

Tambah Sahal, kali terakhir beliau bertemu arwah abangnya ialah pada Ahad lalu di kedai makan milik kakak mereka di Kampung Sungai Itek, Gopeng.

Tiada sebarang tanda pelik atau perubahan pada diri abang kesayangannya itu, yang selama ini dikenali sebagai seorang yang tegas, beragama dan sangat penyayang terhadap anak-anaknya.

Arwah berkhidmat sebagai anggota FRU sejak 13 tahun lalu, sebelum bertugas di Balai Polis Kluang, Johor.- Katanya.

Koperal Amiruddin merupakan anak ketujuh daripada sembilan beradik dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Itek selepas proses bedah siasat selesai.

Pssttt! Setiap pengorbanan anggota keselamatan tidak ternilai harganya. Mereka berkorban nyawa demi keamanan dan keselamatan negara. Marilah kita hargai jasa mereka dan sentiasa mendoakan kesejahteraan insan-insan yang berkhidmat di barisan hadapan. Al-Fatihah buat semua yang terkorban.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas