Connect with us

Oh! Media

Nadir Al-Nuri Cerita Sarah Korban Seekor Lembu Di Gaza, Tanya Khabar Palestin

Trending

Nadir Al-Nuri Cerita Sarah Korban Seekor Lembu Di Gaza, Tanya Khabar Palestin

Presiden Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) Nadir Al-Nuri Kamarulzaman menerusi perkongsian di Instagram mendedahkan penyanyi, Siti Sarah baru-baru ini telah menghubunginya untuk menyertai program korban yang dijalankan di Palestin.

ADVERTISEMENT

BACA: “Bidadari Syurga Saya Pergi Buat Selamanya” – Shuib

Dalam perbualan itu, Siti Sarah tanpa teragak-agak membayar harga seekor lembu yang mencecah belasan ribu ringgit. Sarah juga berterima kasih kepadanya yang membuka peluang untuk mengerjakan ibadah korban di sana tahun ini.

Jelas Nadir, pada waktu itu dia agak terkejut kerana Sarah berminat untuk mengorbankan seekor lembu iaitu 7 bahagian sekaligus.

Masa tu saya terkejut bila beliau maklumkan nak korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit, bukan satu bahagian saja, seolah beliau sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir.

Menurutnya, penyanyi ini seolah-olah sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikan yang terakhir.

nadir

Isteri kepada pelawak, Shuib Sepahtu ini turut sering bertanyakan keadaan saudara-saudara di Palestin. Dengan takdir Allah SWT, Sarah dijemput dalam keadaan memikirkan nasib umat Islam serta telah didoakan ratusan penduduk di Gaza yang merasa daging korban itu.

Terdahulu, Shuib Sepahtu mengesahkan isterinya telah menghembuskan nafas terakhir pada 5.13 pagi selepas beberapa hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat Covid-19.

Kredit: Nadir Al-Nuri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas