Connect with us

Oh! Media

Murung Setelah Perniagaan ‘Bungkus’, Lelaki Ini Terjun Dari Tingkat 10 Pangsapuri

9da8d5ec eeb0 4650 ab76 236962f592be

Trending

Murung Setelah Perniagaan ‘Bungkus’, Lelaki Ini Terjun Dari Tingkat 10 Pangsapuri

Ketika ini boleh dikatakan ramai yang hilang punca pendapatan akibat dari pandemik yang melanda. Siapa yang tak stress, betul tak? Petang semalam, seorang lelaki terjun dari tingkat 10 pangsapuri kerana perniagaan yang diusahakannya gagal. Allahu!

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku di pangsapuri di Jalan Bagan Ajam, Butterworth. Pihak polis menerima panggilan berhubung insiden itu dari pengerusi pangsapuri itu sendiri pada jam 6.45 petang.

Pada awalnya, mangsa yang berusia 26 tahun itu menaiki motosikal dan memasuki kawasan pangsapuri tersebut. Kemudian, mangsa terus menaiki lif ke tingkat 10 sebelum duduk melunjur kaki keluar di balkoni kaki lima dan secara terus terjun.

IKLAN

Mangsa maut akibat kecederaan parah yang dialaminya. Menurut soal siasat keatas isteri mangsa, suaminya mengalami kemurungan dan pernah menerima rawatan di sebuah klinik swasta beberapa hari lalu.

Apapun, semoga semuanya baik seperti sediakala agar kita semua dapat menjalani kehidupan seperti sebelum ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas