Connect with us

Oh! Media

Wanita Ditemui Maut Di Stesen LRT 3 Sri Andalas

Ohmedia  Mayat

Oh! Tidak

Wanita Ditemui Maut Di Stesen LRT 3 Sri Andalas

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan seorang individu dilaporkan meninggal dunia di kawasan stesen LRT 3 Sri Andalas, Klang.

Pada jam 6.10 pagi polis menerima laporan mengenai kejadian itu dari seorang pengawal keselamatan yang berusia 55 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, mayat seorang perempuan ditemukan oleh pekerja sewaktu membuat rondaan di kawasan berkenaan.

IKLAN

Difahamkan, siasatan awal ditemui mayat tersebut lengkap bertudung di laluan pejalan kaki dalam keadaan menggantung diri.

412566441 1062422368366524 5965115872462448694 n

Pihak ambulans sampai di tempat kejadian dan mengesahkan kematian. Siasatan di tempat kejadian juga mendapati simati menggunakan kain tudung untuk mengikat lehernya dan di besi bumbung pejalan kaki untuk menggantung diri.

Bukan itu sahaja, siasatan polis terhadap identiti wanita tersebut mendapati mangsa merupakan seorang perempuan warga tempatan berumur 47 tahun dan seorang gelandangan yang tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap.

Tambahan, Hoong Fong turut berkata penemuan mayat didapati tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sebarang tindakan jenayah mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Dalam pada itu, mangsa berkenaan adalah gelandangan yang tinggal di stesen tersebut telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Bedah siasat dijalankan di hospital itu dan pegawai perubatan forensik mengesahkan punca kematian disebabkan gantung diri dan tiada kecederaan lain.

BACA: Menghadapi Masalah Dalam Hidup? Ini 5 Langkah Atasi Keinginan Bunuh diri

Sebelum ini kami ada kongsikan, 5 langkah bagi mengatasi keinginan bunuh diri jika seseorang menghadapi tekanan dalam kehidupan mereka.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Whatsapp image 2023 12 23 at 81549 pm
  • 412566441 1062422368366524 5965115872462448694 n
  • Ohmedia  Mayat
  • Whatsapp image 2023 12 23 at 81549 pm
  • 412566441 1062422368366524 5965115872462448694 n
  • Ohmedia  Mayat

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas