Connect with us

Oh! Media

“Mungkin Dia Kurang Popular, Nak Tumpang Populariti Kak KM”

Trending

“Mungkin Dia Kurang Popular, Nak Tumpang Populariti Kak KM”

Baru-baru ini, usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM menjadi bualan ramai apabila beliau bertindak memuat naik sebuah video di Instagramnya memaparkan diri sedang menyusukan anak di public.

ADVERTISEMENT

Netizen turut mempersoalkan mengapa Kak KM tidak menggunakan nursing cover memandangkan kawasan itu agak terbuka dan ramai orang.

BACA: “Ni Semua Marketing” – Caprice Ulas Isu Kak KM Susukan Anak Di Restoran Tanpa ‘Nursing Cover’

Meskipun dikritik bertubi-tubi, usahawan ini nampaknya langsung tak kisah. Malah dia menganggap selebriti-selebriti yang menegurnya berkenaan isu itu ingin tumpang glamour.

Kak KM membuat kenyataan itu ketika sesi soal jawab bersama para pengikutnya di Instagram. Salah seorang pengikut berkata kebelakangan ini semakin ramai artis-artis memberikan komen melibatkan isu usahawan itu.

Mungkin dia kurang popular. Atau mungkin dia nak tumpang populariti Kak KM. Huh kesian.

Terpanggil konon, nenek kau terpanggil. Kau boleh je kalau bukan jenis penyibuk punya orang, boleh je tak komen apa-apa tapi kenapa komen juga? Itu maksudnya engkau busybody. Orang kalau busybody susah nak kaya.

Sibuk jaga kiri kanan kau bila nak maju?

Terbaru, Kak KM sekali lagi dikecam melakukan ‘trend’ TikTok di hadapan sekumpulan lelaki. Tetapi menurut usahawan itu, kesemua lelaki itu terdiri daripada ahli keluarga iaitu adik beradiknya dan suami.

Kredit: IG Liana Rosli | mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas