
Trending
MOTAC Ambil Iktibar, Perketat Pematuhan SOP Selepas Ditegur Perdana Menteri
MOTAC perketat pemantauan dan SOP acara selepas ditegur Perdana Menteri.
Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memohon maaf berhubung isu minuman beralkohol di sebuah majlis makan malam baru-baru ini.
BACA: Menteri MOTAC Bersuara Isu Majlis Hidang Arak, Dianjur Sepenuhnya Oleh Pihak Swasta
MOTAC yang menerima teguran daripada YAB Perdana Menteri memandang serius perkara tersebut dan berjanji untuk memperketat pemantauan bagi memastikan perkara sama tidak berulang.
Ambil iktibar dan tegas dengan tanggungjawab

Dalam kenyataannya, MOTAC mengakui sebarang kekeliruan atau salah faham telah menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan rakyat.
Kementerian itu mengambil iktibar daripada insiden berkenaan dan akan memastikan pelaksanaan program di bawah seliaannya mematuhi garis panduan serta etika yang telah ditetapkan.
MOTAC dengan penuh rasa tanggungjawab dan takzim amat mengesali sebarang kekeliruan atau salah faham yang telah menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan rakyat. Kementerian mengambil iktibar daripada perkara ini dan akan memastikan agar perkara seumpama ini tidak akan berulang.
MOTAC turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas nasihat dan teguran membina yang disifatkan sebagai dorongan untuk memperkukuh lagi usaha kementerian dalam memperkasakan industri pelancongan, seni dan budaya negara.
Pssttt! Teguran daripada Perdana Menteri ini menjadi peringatan penting buat semua kementerian agar sentiasa telus dan berhati-hati dalam melaksanakan tugas. Langkah MOTAC untuk memperketat pemantauan serta mematuhi SOP acara diharap dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kebertanggungjawaban institusi kerajaan.
Kredit: Astro Awani
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
