Connect with us

Oh! Media

MK K-Clique Mohon Maaf Pada Netizen? Ini Sebabnya

mk k-clique

Oh! Artis

MK K-Clique Mohon Maaf Pada Netizen? Ini Sebabnya

Penyanyi rap dari kumpulan K-Clique, MK tampil membuat permohonan maaf pada orang ramai berikutan videonya tular bersama isteri dilihat tidak memakai tali pinggang ketika menaiki kereta sebelum ini.

ADVERTISEMENT

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan mengakui kesilapan yang dilakukan kerana melanggar undang-undang di atas jalan raya.

Saya minta maaf kerana beri contoh yang tidak baik dan tidak bertanggungjawab. Itu adalah tanggungjawab dan kesalahan saya.

Malah, permohonan maaf itu dibuat olehnya menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Ahad lalu.

MK K-clique

Sementara itu, MK turut menyatakan dia berlapang dada dan berterima kasih atas terguran netizen terhadap kesalahannya itu.

Tambahan, penyanyi rap itu juga berharap kelalaian yang dilakukannya itu boleh dijadikan sebagai pengajaran buat orang lain juga.

Harap ia boleh beri kesedaran kepada semua pihak untuk mengutamakan keselamatan. Kita harus lebih peka.

Semoga video saya itu beri pengajaran dan tidak akan diulangi lagi. Semoga kita lebih berhati-hati dan ingat orang tersayang.

MK K-Clique

Sebelum ini tular satu video MK bergurau senda bersama isterinya, Siti Hajar yang sedang memandu kereta.

Meskipun, ramai yang menyukai aksi romantis mereka, ada juga segelintir netizen yang menegur kedua-duanya kerana tidak memakai tali pinggang keselamatan ketika sedang memandu.

BACA: MK K-Clique Mahu Jaga Batas Dalam Lakonan Selepas Bergelar Suami

Setelah sah menjadi suami kepada Siti Hajar, MK memaklumkan dia mahu menjaga batasnya terutama sekali di dalam bidang lakonan.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas