Connect with us

Oh! Media

Mizz Nina Mahu Musa Berada Dalam Persekitaran Islamik, Jadi Muslim Yang Baik

mizz nina

Oh! Artis

Mizz Nina Mahu Musa Berada Dalam Persekitaran Islamik, Jadi Muslim Yang Baik

Anak angkat aktivis kemanusiaan Mizz Nina iaitu Musa didakwa mengalami trauma sebaik sahaja diambil pulang ke rumah pada 13 Januari lalu.

ADVERTISEMENT

Bukan itu jer, Musa juga didapati cirit birit, muntah-muntah, kuku panjang dan kotor selepas 3 minggu diambil Noh tanpa keizinannya.

Musa cirit birit, muntah selepas diambil dari Noh

Musa

Memetik laporan mStar, Mizz Nina berkata, trauma berlaku kerana Musa sebelum ini tidak pernah berjauhan dengannya.

Dia menjadi trauma sebab tercari-cari mak dia, tapi tak jumpa. Dia mengalami ketakutan dan begitu juga saya yang risaukan dia.

Mizz Nina dan suami, Essam Muhammad membawa anak mereka berjumpa dengan pakar psikiatri untuk memastikan kesihatan mental Musa dalam keadaan baik.

Mizz Nina mahu Musa dapat yang terbaik

musa

Apa yang penting bagi Mizz Nina sekarang ini adalah kebajikan Musa, perancangan masa depan termasuklah pendidikan yang sempurna.

Penyanyi ini mahu memastikan Musa dibesarkan dalam keluarga yang stabil bersama Mama dan Babanya. Dia juga mahu Musa berada dalam persekitaran islamik yang baik dan menjadi Muslim sejati.

Kata Mizz Nina lagi, dia hadir ke mahkamah hari ini sebagai salah satu prosedur mahkamah dan dia mempunyai dokumen perundangan yang sah mengenai pengangkatan Musa.

Dakwanya, dalam dokumen itu nama Noh tiada ditulis disebabkan itu jugalah dia menarik semula kes penjagaan Musa.

BACA: “Kalau Saya Keluarkan, Masak Dorang” – Noh Dakwa Mizz Nina Tak Izin Musa Panggilnya Bapak

Kredit: mStar | Ohbulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas