Bila bercakap mengenai Nur Sajat, pasti ramai yang mengetahui mengenai kontroversi yang melanda usahawan itu sehinggakan dia membawa dirinya lari ke Australia.
Sejak berpindah ke Australia, sudah lama usahawan itu tidak dapat bertemu dengan ahli keluarga terutama sekali dua orang anak angkatnya yang masih kecil dan comel.
Saja nangis terangkan situasi sebenar
Baru-baru ini, Sajat yang dijemput untuk menghadiri sebuah ekspo perkahwinan di Singapura berkongsi rasa terujanya selepas dikhabarkan berpeluang untuk bertemu dengan dua orang anak angkatnya itu.
Walaubagaimanapun, rancangannya itu tergendala selepas Sajat ditahan oleh imigresen di Lapangan Terbang Changi meskipun anak-anaknya itu sudah menunggu untuk bertemu dengan dirinya.
Urusan dokumentasi jadi penghalang
Perkongsian Sajat menerusi live di TikTok itu mendapat respon dari netizen yang kebanyakkannya mempersoalkan kenapa usahawan tersebut tidak membawa kedua anak angkatnya itu untuk menetap bersamanya di Australia.
Susulan daripada itu, Nur Sajat menjelaskan bahawa ia adalah satu perkara yang mustahil untuk dilakukan disebabkan oleh dokumentasi melibatkan dua orang anak angkat tersebut bukanlah di atas namanya.
Bukan itu sahaja, proses untuk mendapatkan visa ke negara tersebut sering gagal disebabkan prosesnya yang agak rumit.
Semoga Saja kuat
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Sajat terus kuat untuk melawan rasa rindu itu bahkan ada juga yang menasihatkan agar Sajat untuk menyerahkan diri dan pulang sahaja ke Malaysia.