Connect with us

Oh! Media

“Minta Susu Formula Tapi Nurse Marah, Rasa Macam Mengemis..” – Ibu Luah Perasaan Kecewa

susu formula

Trending

“Minta Susu Formula Tapi Nurse Marah, Rasa Macam Mengemis..” – Ibu Luah Perasaan Kecewa

Betullah orang kata, naluri seorang ibu ke atas anaknya tidak pernah salah. Ohmedia tertarik dengan perkongsian seorang ibu kepada pihak mStar yang menceritakan saat anak keduanya disahkan mengalami Hipoglisemia sehari selepas dilahirkan.

ADVERTISEMENT

Ibu itu dikenali sebagai Nurul dan kejadian ini berlaku ketika dia melahirkan anak keduam Ahnaf di sebuah hospital di Melaka pada September 2022.

Anak saya songsang jadi doktor bagi tarikh awal dan terpaksa lahirkan dia secara pembedahan sebab berat waktu tu dah 3.9 kilogram pada usia 37 minggu.

Saya kemudian diminta untuk beri susu badan tetapi diuji pula dengan payudara bengkak dan tidak boleh mengeluarkan susu badan.

Anak dah nangis waktu itu sebab lapar. Sebagai ibu saya tak putus asa cuba juga tapi memang tak keluar susu.

Nurul kemudian cuba meminta bantuan jururawat untuk memberikan susu formula kepada anaknya tetapi sebaliknya berlalku selepas dilayan dengan kasar.

Anak tertidur dalam kelaparan dan esoknya doktor sahkan anak kena Hipoglisemia…

Nurse marah saya dan minta saya tengok pampers atau periksa takut anak kembung perut. Tetapi saya sebagai ibu, saya tahu anak sedang lapar. Rasa macam mengemis pula.

Sepanjang malam anak berada dengan saya tapi tak boleh minum susu. Dia akan diam kalau penat menangis dan akhirnya tidur dalam keadaan berlapar.

Doktor terkejut dapat tahu nurse tak layan permintaan pesakit, berkali-kali mohon maaf…

Esoknya, bila doktor datang periksa, dia cakap anak saya mengigil. Saya ingatkan itu normal dan beritahu doktor saya dah minta susu formula tapi kena marah dan dia berulang kali minta maaf kepada saya.

Anak nurul kemudian ditahan di wad untuk pemantauan paras gula. Hipoglisme tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh mengancam nyawa kepada bayi.

Sehingga ke hari ini, anaknya masih menunjukkan kesan Hipoglisemia tiap kali lambat diberikan susu di mana bayi akan gelisah, badan menggigil dan akan gelengkan kepada kiri dan kanan.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas