Connect with us

Oh! Media

Minta RM14, Isteri Digelar Boros Oleh Suami

minta rm14

Trending

Minta RM14, Isteri Digelar Boros Oleh Suami

Sudah menjadi kebiasaan bagi seorang suri rumah yang tidak bekerja, meminta suami wang untuk berbelanja. Namun, di Jakarta Indonesia, seorang isteri dimarahi oleh suaminya kerana minta wang RM14 atau 50,000 ribu rupiah untuk berbelanja.

ADVERTISEMENT

BACA: Serah Diri Di Balai Polis, Tak Tahan Hidup Bersama Isteri

Seorang suami memarahi dan tidak mahu memberi wang sejumlah 50 ribu rupiah kepada isterinya yang mahu membeli makanan ringan.

Beri wang tapi dengan syarat

minta rm14

Menerusi laman Kosmo, seorang wanita Indonesia meminta wang kepada suaminya melalui whatsapp dan kemudian ditanya pelbagai soalan sebelum memberikan wang yang diminta.

Suaminya bertanya jika wang berjumlah 150,000 rupiah bersamaan RM44 yang diberikan sebelum ini sudah habis atau belum, dijawab isterinya, dia tidak mahu menggunakan wang tersebut untuk membeli makanan ringan. Wanita tersebut lantas dimarahi oleh suaminya…

Kalau begitu tidak boleh. Biar kamu rasa betapa susahnya memerah keringat mencari wang. Wang perlu dipakai untuk kepentingan utama dan bukannya perbelanjaan yang tidak perlu.

Wanita itu kemudiannya dimarahi dan dipanggil boros oleh suaminya apabila dia memberitahu telah memberikan wang berjumlah 300,000 rupiah kepada kakaknya.

Suaminya akhirnya bersetuju akan memberikan wang yang diminta tetapi dengan syarat, tidak boleh membeli makanan ringan.

Macam-macam perangai la pasangan suami isteri sekarang, nak beli makanan ringan pun tak boleh. Tapi mungkin suaminya ada masalah kewangan, jadi tak boleh nak bagi si isteri wang belanja begitu saja kan? Dari sini, kita boleh lihat, betapa pentingnya untuk para wanita ada duit sendiri. Senang, tak payah nak minta suami duit kalau nak beli benda-benda kecil.

Harapnya suami kepada wanita tersebut dimurahkan rezeki, dapatlah si isteri tu duit belanja nak beli makanan ringan lepasni.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas