Connect with us

Oh! Media

Minta Murid Berseluar Dalam Di Padang, Polis Ambil Keterangan 13 Individu ‘Kem Motivasi Neraka’

Polis   Oh Media

Trending

Minta Murid Berseluar Dalam Di Padang, Polis Ambil Keterangan 13 Individu ‘Kem Motivasi Neraka’

Satu isu mengenai ‘Kem Motivasi Neraka’ telah muncul, apabila 60 orang murid sekolah rendah telah mendakwa dikasari oleh fasilitator yang terlibat.

BACA: Nak Bawa Adik Pulang Kerana Disyaki Didera, Pihak Maahad Tahfiz Tidak Benarkan, Siap Minta Pampasan

Ketua Polis Daerah Serdang, AA Anbalagan memaklumkan pihak mereka telah mengambil keterangan daripada individu-individu yang terlibat termasuk fasilitator, guru dan ibu bapa murid yang menyertai kem dua hari itu.

IKLAN

Dipukul dan dimalukan

Image 39

Anbalagan memaklumkan bahawa suspek utama ialah ketua fasilitator kem itu dan merupakan seorang doktor dari sebuah pusat perubatan di Sarawak.

Kami jangka kertas siasatan akan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya minggu depan. -Anbalagan

Sumber menyatakan seramai 60 orang murid sekolah rendah di Serdang telah dikasari ketika menyertai kem motivasi pada 3 dan 4 Disember yang lalu.

Mereka didakwa terpaksa memakai seluar dalam sebelum disembur air di tengah padang sekolah, dihukum ketuk-ketampi beratus kali, dan dipukul dengan penyapu kerana berbual.

Seorang fasilitator didakwa mencekik, menampar dan memukul seorang murid darjah lima kerana tidak berpuas hati murid tersebut menafikan tuduhannya membawa vape ke sekolah.

Semoga ada pengadilan buat adik-adik yang terlibat.

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas