Connect with us

Oh! Media

Michael Ang Tak Mahu Tengok Coldplay Walaupun Diberi Tiket VIP ‘Free’, “Konsert Je, Chill Sudah”

Michael ang

Oh! Artis

Michael Ang Tak Mahu Tengok Coldplay Walaupun Diberi Tiket VIP ‘Free’, “Konsert Je, Chill Sudah”

Michael Ang, pengarah terkenal berkata dia tidak berhasrat untuk menonton konsert kumpulan terkenal Coldplay walaupun diberi tiket VIP secara percuma oleh kakaknya.

ADVERTISEMENT

Menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, Michael berkata bahawa dia tidak meminati kumpulan tersebut dan hanya tahu beberapa lagu sahaja jadi dia tidak mahu pergi menonton konsert berkenaan.

Michael Ang

Ahli keluarga saya telefon saya jika saya nak tengok konsert Coldplay, dia ada empat tiket VIP.

Saya cakap tidak mahu! Dan dia tanya kenapa? Saya menjawab saya tidak akan berdiri dan menunggu selama dua jam hanya untuk tiga buah lagu yang saya tahu dan saya suka.

Tambahan, pengarah filem Kimchi Untuk Awak itu berkata jika penyanyi Adele yang datang membuat persembahan dan konsert di Malaysia dia sanggup melutut untuk mendapatkan tiket dengan apa cara sekalipun.

Kalau Adele punya konsert, saya sanggup melutut dan merayu untuk tiket dia.

Sementara itu, ada juga dakwaan timbul berkenaan konsert Coldplay yang menyatakan kebanyakkan orang ramai yang menonton konsert berkenaan hanya kerana meminati pada beberapa lagu yang dihasilkan sahaja.

Sebab kenapa orang mahu pergi ke konsert adalah kerana lagu-lagunya itu sahaja.

Konsert je, dengar lagu je bukan nak berkahwin dan sembah penyanyi itu. Tak mau gaduh-gaduh okay..

Sebelum ini, Michael Ang juga pernah memberi komen berkenaan isu rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah dan Syamsul Yusof.

BACA: “I Rasa Macam Dia Nak Syamsul Lagi Tapi..” – Michael Ang Komen Tentang Cara Puteri Sarah

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas