Connect with us

Oh! Media

Mesin Penapis Air Di Rumah Siti Bainun Berfungsi Dengan Baik, Ada Kebocoran Kecil Je

Siti Bainun   Oh Media

Trending

Mesin Penapis Air Di Rumah Siti Bainun Berfungsi Dengan Baik, Ada Kebocoran Kecil Je

Negara kita pernah digemparkan dengan kejadian penganiayaan seorang remaja penghidap Sindrom Down bernama Bella tak lama dahulu. Hari ini, kes pembicaraan bagi pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun dibuka semula.

BACA: 6 Individu Termasuk Bella Hadir Untuk Pengecaman, Siti Bainun Menangis Tengok Anak Jagaan

Pada bulan Mei yang lalu, saksi mendakwa bahawa mangsa, Bella, terkena air panas daripada mesin penapis air di rumah Siti Bainun. Tetapi, juruteknik bagi mesin penapis air itu mengesahkan bahawa mesin itu berfungsi dengan baik, eh lain pula?

IKLAN

Mesin air berfungsi

Image 150

Mahkamah Seksyen diberitahu bahawa mesin penapis air itu berfungsi dengan baik walaupun ada kebocoran kecil pada adaptor paip singki. Juruteknik mesin penapis air itu, Mohamed Rezuan Satori berkata beliau sudah menukar adaptor selepas mengesan air menitik pada paip berkenaan.

Laporan mengenai masalah mesin air itu diterima pada 23 Mei 2021. Saya menelefon Siti Bainun tetapi tidak berjawab sebelum menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS).

Siti Bainun menelefon semula dan kerja membaiki mesin air ditunda keesokannya. Saya masuk ke kondominium itu jam 12.30 tengah hari melalui pondok keselamatan dan pengawal keselamatan minta parkir di kawasan pelawat.

Saya meminta Siti Bainun turun ke lobi dan bawa saya naik lif ke unit kondominium itu. Saya masuk rumah Siti Bainun dan ada dalam lima kanak-kanak, sebelum pergi ke mesin air itu bagi mengenal pasti masalahnya. – Juruteknik

Hmm, kalau masih berfungsi, apa punca kesan lecur pada badan mangsa?

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas